Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain dikota-kota besar, meninggalkan
anak-anak diasuh
pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia
tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah, dia kerap
dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain di luar, tetapi
pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas
buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa
sebatang paku karat. Dia pun melakar
simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada
marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada
kereta baru ayahnya. Ya ... kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas. Apalagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya.

Hari itu bapa & ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung
tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu,
terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
"Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang
tersentak dengan jeritan itu
berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan,
"Tak tahu."
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?", herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata,
"Ita buat ayahhh .....cantik kan?" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap
ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu
tapak tangan anaknya. Si anak yang
tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan
hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah
melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul
tangan kanan & tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
calar balar. Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak
bengkak. Pembantu rumah mengadu.
"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia
tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa
konon mahu mengajar anaknya.. Tiga hari berlalu, si ayah langsung
tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam .....," jawab pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam
pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa
suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5..00 siap," kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang
longlai di bawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke
hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di
wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan..... " katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu
dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena
halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari
bilik pembedahan, selepas ubat bius yang di kenakan habis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia
mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
Anak: "Abah ...Mama ...Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita takmau jahat. Ita sayang abah ...sayang mama...,"
katanya
berulang kali membuat kan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti...," katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Anak: "Abah ....bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil ...Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi:46)

p/s: hurmm.. takowt la ble aku ade anak nanty, dapatkah aku melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik mereka dengan btowl?