Sabtu, 04 Oktober 2008

Hijab Sang Pencinta

Salamz Alaik!

Dendam Itu Bara.. Marah Itu Api!

Alhamdulillah.. selesai sudah aku menamatkan pembacaan sekaligus menutup tirai salah satu novel trilogi terulung karya Ramlee Awang Mursyid selepas Bagaikan Puteri dan juga Cinta Sang Ratu, iaitu Hijab Sang Pencinta. Kepada semua pembaca blog aku yang mengikuti perkembangan novel ini mesti kagum dengan penangan salah seorang watak dalam novel ini ryte? Siapa lagi kalau bukan Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan! Aku bace novel ini pun sebab salah sorang member aku sarankan (makaseh pawang!), tapi memang bagi aku tidak sia-sia jika korang semua meluangkan masa untuk bace novel ini, coz banyak isi-isi yang berfaedah yang terkandung di dalamnya..

Okla, maybe antara korang tak tau about this novel ryte? Aku bagi la sedikit sinopsis about it, ia mengisahkan tentang pengembaraan tiga orang watak utama neyh, Laksama Sunan, Haryani dan juga Dani dalam mencari cinta sejati dan juga menentang penyembah-penyembah syaitan yang sentiasa menghantui dan juga mengejar mereka di mana-mana sahaja. Ia juga pengembaraan merentasi masa yang tidak dapat dijangkaui oleh pemikiran manusia, dan ia bukan menggunakan mesin merentas masa atau ilmu hitam, tetapi semua adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang taat. Mungkin agak klise ape yang aku ceritakan ni, tapi if korang semua nak merasakan penangan Laksama Sunan, aku cabar korang untuk baca novel ini! ngehehe~ ;)


Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba


Ape yang aku hendak bincangkan dalam post ini adalah perwatakan Saifudin Jalis a.k.a Laksamana Sunan, eceyh macam sastera pulak eks.. hakhak! Tapi betul, jikalau korang yang pernah menghayatinya, pasti korang terpegun punya la dengan hamba Allah yang berasal daripada Kampung Punggor dan berguru di Acheh neyh, dah la warak, alim, penyabar, sentiasa tersenyum dan macam-macam lagi la sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri beliau. Pastu yang paling aku respect is beliau sentiasa bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang beliau lakukan, mahupun setelah dipuji terhadap kehebatan beliau dalam ilmu seni persilatan, tapi beliau tetap merendah diri dan menyerahkan setiap pujian itu kepada Yang Maha Esa. Setiap perlakuan beliau juga banyak mengikut sunnah-sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.

"Ya.. alhamdulillah dengan izin Allah. Kebaikan itu pasti menang walau sejuta kejahatan itu menakluk dunia"
-Laksaman Sunan-

Begitulah hebatnya Laksama Sunan yang digambarkan oleh novelis kita, Ramlee Awang Mursyid. Sampai membuat aku tersedar betapa hina dan kerdilnya kita di sisi Allah. Jikalau terdapat seorang hamba Allah yang beperwatakan seperti Laksama Sunan, memang hambo respect la! Dan aku juga akan berusaha untuk menjadikan diri ini sebagai seorang hamba yang lebih taat kepada Allah. InsyaAllah.. ;)


Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan, Tatakala rindu terusik rasulNya menjadi pilihan


Sebagai kata akhir aku nak menyarankan sangat untuk korang semua membaca novel Alaf 21 yang bukan satu, tapi tiga ok! bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu and lastly Hijab Sang Pencinta. Kepada semua peminat-peminat novel, memang rugi la kalau korang tak baca sebab ini bukan sekadar novel cinta biasa, tetapi juga novel yang membawa kita kepada cinta Yang Maha Esa. Semoga kita semua diberkati oleh Allah.

"Mati Itu Pasti... Hidup InsyaAllah..."
-Laksama Sunan-

p/s: harap-harap ade la nanti diorang kluarkan filem, mesti laku punya la! ngee~ ;)

Artikel Terkait Ulasan Buku

Tidak ada komentar:

Posting Komentar