Sabtu, 01 November 2008

Takut Dikritik?? Dont Be..

Salamz Alaik!

Wah! setelah hampir seminggu aku berjuang dalam menghadapi peperiksaan ini. Dah la ade exam tu 3 hari berturut-turut, mau otak aku neyh tak meletup, huhu~ Tapi alhamdulillah sepanjang exam tu aku dapat jawab, tapi tak tau la betul ke tak kan, sekarang ni hanya tawakal dan doa saje yang menjadi usaha aku wat mase sekarang neyh ;) Ape-ape pun tinggal lagi 2 paper lagi lepas tu cuti semester 3 minggu!! huahuahua..

Okeyh, habes intro aku buat mase neyh, aku ade mase menulis ni pun sebab ade gap dua hari until my next paper, so why im writing this entry? Alkisahnye macam ni la, disebabkan aku ni sekarang tengah 'addicted' to blogging, so ade la member-member aku neyh mem'bahan' aku, gurau-gurau member la katekan, tapi gua tak kesah beb, bak kate dalam iklan brylcream tu ape, still standing!


Jadi aku nak betanya la kat korang semua, mesti korang pun pernah mengalami situasi seperti ini kan, maksud aku dibahan, dikritik, dikutuk, dihina, dipulau dan macam-macam lagi la situasi yang melibatkan emosi korang 'down', sedangkan perkara yang anda buat itu adalah perkara benar. Jangan tipu la if korang cakap takde sebab dalam hidup ini Allah akan menguji hamba-hamba dengan tiga perkara iaitu harta, pangkat dan juga wanita untuk menentukan sama ada sempurna atau tidak iman kita. Okeyh, jika anda berada dalam situasi tersebut, bagaimana anda mahu mengatasinya? Adakah menangis? putus asa? merajuk? dan yang paling teruk sekali mungkin bunuh diri? Tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya, sebab korang jugak yang rugi.

Sebab apa perkara ini sering berlaku? kene ejek sikit je mulalah putus asa, it is because anda TAKUT untuk dikritik! Takut jika korang melakukan sesuatu perkara je mesti ade orang komplen atau bahan. Takut tidak akan mendapat sokongan orang. Takut ini, takut itu, semua takut la, semua takut la. Pastu mula la kehidupan korang tak tentu hala disebabkan oleh ketakutan yang sepatutnya tidak patut berlaku. Bagi aku jika kita melakukan sesuatu perkara yang benar, teruskan sahaja jikalau perkara itu mendapat tentangan daripada kawan atau lawan anda. Dont be afraid if you in the right side! Protect it or you lose it!

Berani kerana BENAR! Takut kerana SALAH!

Mengapa mereka-mereka ini mengkritik anda? Walaupun anda tidak pernah membuat salah terhadap mereka? The answer is simple. Ini disebabkan mereka dengki dengan setiap perlakuan anda yang lebih baik daripada mereka. Jadi untuk menghalang anda untuk lebih berjaya mereka akan melakukan apa saja untuk melemahkan semangat anda. Maklumlah dunia hampir kiamat, kan antara tanda-tandanya ialah segala kejahatan akan diagung-agungkan dan segala kebaikan akan dipandang hina. Jadi ada nampak situation sekarang ni? Jikalau disingkap sejarah, junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga sering dihina dalam usaha baginda untuk membangunkan Islam dan alhamdulillah Islam pernah menjadi satu empayar yang besar di mata dunia. So, tidak malukah kita jika hanya diuji hanya dengan satu kritikan saja pun kita putus asa?

Bagaimanakah kita hendak mengatasi rasa takut terhadap segala tohmahan mereka yang dengki pada kita neyh? Maybe aku ada la sedikit sebanyak perkara yang boleh dikongsikan bersama jika kita berada dalam situasi tersebut:-


Jadikan Sebagai Motivasi
Setiap kritikan itu pasti akan memberi kesan negatif kepada seseorang yang dikritik itu, dan inilah yang akan menyebabkan korang murung sepanjang zaman. Namun ada jalan penyelesaiannya! Cuba korang tukarkan setiap kritikan yang negatif itu kepada positif, iaitu ambil setiap kritikan dan tohmahan itu sebagai motivasi untuk diri kita. Anggaplah ia as cabaran atau semangat untuk korang bergerak lebih jauh ke depan. InsyaAllah apabila dah berjaya, budak-budak yang ejek korang mase dulu mesti datang pastu minta maaf balek, ngehee~

Pedulikan Saja Mereka
Betul tu! Pedulikan saja diorang tu, buat ape nak ambil kisah sangat dengan apa yang diorang cakap, kalau ade faedah boleh la duduk jugak dengar 'ceramah' diorang kan. Ni nak buat sakit hati baik blah je dari situ. Yep, ape yang korang boleh buat adalah buat tak layan je si pengkritik2 neyh, nanti lama-lama tu diorang akan bosan dan buat bodoh jep dengan korang.

Say 'So What!?'
Jikalau para pengkritik itu mengganggu juga kehidupan seharian korang, katakan saja 'so what!' aje kat diorang. Orang-orang yang suka kritik neyh suke sangat nak jaga tepi kain orang sangat, tapi diri sendiri punya kain tak nak jage. Jadi setiap kali diorang nak kritik je cakap saja 'so what!' pada mereka. Dari situ diorang akan nampak ketegasan dalam diri korang untuk melakukan sesuatu dan lepas tu mesti diorang tak nak kacau korang balik.

Jadi itulah sedikit sebanyak perkara yang aku boleh kongsikan bersama korang jikalau korang berada dalam situasi tersebut. Mungkin ada yang setuju ataupun tidak setuju sebab korang pun ade cara masing-masing ryte? Jadi kalau ade pendapat lain boleh juga korang kongso bersama dalam coment nanti kayh ;) Janganlah hidup dalam ketakutan kerana sesungguhnya kita hanya perlu takut dengan pencipta yang satu yakni Allah s.w.t sahaja, bukan dengan perkara lain.

p/s: Dont live in fear!

Artikel Terkait Coretan Pengarang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar