"Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya"
ujar ayah kepada 5 mangsa itu-Tahrir, 17; Ikram, 15; Samar, 12; Dina eight; dan Jawaher,4,- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.
Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga. Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad. Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongsi satu liang lahad.
"Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.

Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempat itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu.
Pak cik kepada 5 kanak-kanak malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,
"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"
Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu "takdir" mereka disitu.
Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangan udara Israel itu berkata" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya."
"Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul."
(Al-Baqarah:190)
(Al-Baqarah:190)
p/s: Semoga mereka berada bersama-sama dengan roh orang yang beriman, Al-Fatihah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar