Kamis, 14 Mei 2009

Aku Membazir?? Tak Sedar Seyh...

Sebenarnye kalo korang nak tau, sepanjang hidup korang neyh dah banyak mende korang membazir tau.. Membazir ape?? Itu kite akan tau pasneyh,ngee~ Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Al-Isra': 27)


p/s: Peringatan untuk diri sendiri dan juga anda semua, so pasneyh kalo makan tak habes tu, janganla membazir eyp, hulur-hulur la kat meber yang tengah kelaparan tu,ngee~ ;D

Artikel Terkait tarbiah dan muhasabah diri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar